Services

Services

What we do

crop woman using calculator and taking notes on paper

Transformasi Pengurusan Kewangan

Tentang Modul

Langkah pertama untuk bebas kewangan adalah memahami asas. Modul ini bantu anda bina asas kewangan yang kukuh dan ubah mindset ke arah lebih bijak, teratur dan produktif.

 

Perincian

Modul Transformasi Kewangan direka khusus untuk mereka yang mahu mengawal semula wang mereka dan keluar daripada kitaran gaji-habis-gaji.
Dalam modul ini, anda akan:

Belajar buat bajet yang berkesan — bukan sekadar catat keluar masuk, tapi bajet yang realistik, patuh kepada gaya hidup anda, dan boleh diikuti.

Kuasai strategi simpanan — bagaimana nak wujudkan tabung kecemasan, tabung pendidikan, atau tabung impian walaupun dengan pendapatan sederhana.

Ubah tabiat kewangan — dari boros kepada berdisiplin, dari pasif kepada proaktif.

Financial mindset shift — modul ini akan betulkan persepsi anda tentang duit, supaya anda lebih yakin membuat keputusan kewangan yang bijak.

Matlamat utama modul ini: membantu anda mula semula dengan asas yang betul, supaya perjalanan kewangan seterusnya lebih terarah dan stabil.

Pengurusan Hutang

Tentang Modul

Hutang bukan masalah kalau diurus dengan bijak. Modul ini dedahkan strategi untuk kurangkan komitmen bulanan, bersihkan rekod kredit dan bina semula kewangan anda.

Perincian

Ramai individu tersekat dalam hidup kerana beban hutang yang menekan. Modul ini akan tunjukkan cara praktikal untuk keluar daripada tekanan hutang dengan lebih teratur.
Dalam modul ini, anda akan:

Kenal pasti jenis hutang — mana hutang baik, mana hutang beban, dan bagaimana mengutamakan bayaran.

Teknik penyusunan semula (debt restructuring) — cara menggabungkan hutang untuk kurangkan komitmen bulanan.

Penyatuan hutang (debt consolidation) — strategi untuk mudahkan bayaran dengan satu komitmen sahaja.

Fahami laporan kredit (CTOS/CCRIS) — bagaimana laporan ini mempengaruhi kelayakan pinjaman, dan apa langkah yang boleh diambil untuk bersihkan rekod.

Langkah keluar dari perangkap pinjaman koperasi & peribadi — khusus untuk golongan pekerja kerajaan yang selalu jadi sasaran.

Matlamat utama modul ini: membantu anda ringankan beban, stabilkan kewangan, dan kembalikan kebebasan dalam hidup.

heap of american money cash and vintage light box
crop payroll clerk counting money while sitting at table

Financial Advisory

Tentang Modul

Bukan semua orang sesuai dengan ‘satu formula’. Modul ini beri anda bimbingan kewangan peribadi secara one-to-one dengan penasihat bertauliah.

Perincian

Dalam modul ini, peserta akan mendapat bimbingan kewangan secara personal terus daripada penasihat kewangan bertauliah yang berpengalaman. Setiap cadangan adalah tailor-made mengikut situasi unik anda.
Dalam modul ini, anda akan:

Financial Health Check — analisis penuh terhadap aliran tunai, hutang, simpanan, dan pelaburan.

Customized Financial Roadmap — bina pelan kewangan peribadi: bebas hutang, rumah pertama, pendidikan anak, atau persediaan persaraan.

Debt & Cash Flow Strategy — strategi realistik untuk kurangkan beban hutang dan tingkatkan lebihan tunai bulanan.

Investment & Wealth Planning — cadangan pelaburan yang sah & patuh syariah.

Continuous Support — susulan dan pemantauan supaya pelan yang dirancang benar-benar berjaya dilaksanakan.

Matlamat utama modul ini: memberikan solusi peribadi, realistik dan patuh syariah yang boleh terus dilaksanakan dalam kehidupan anda.

Free Estimation

Request A Quote

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan servis latihan